Monday, January 31, 2011

Bukan cinta Biasa

Bukan Cinta Biasa

Novel ini adalah hadiah dari mak aku sempena hari jadi yang ke 20. Jadi, inilah salah satu novel yang aku sayang.

Novel ini mengisahkan tentang Shahira. Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang mengharap. Namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dibangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya impian dan cita-cita iduplebih utama. namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi didalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka. Sikap ego Azlisyam juga menrubah sikap semulajadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat di hati. Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada sahaba yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantarran tiada lafaz cinta yang terucap diantara dia dan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh dihati.

Takdir dan suratanNya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merialisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengungjung tiba? Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya? Mampukan Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

footbook.com: Untuk menjawab persoalan itu, korang kenalah baca sendiri sebabnya aku pun dah lupa ending novel ni..hihihi...

Hati Yang Luka

Hati Yang Luka

Novel pertama yang aku beli. aku beli novel ni masa berkunjung ke Pameran Buku di PWTC pada tahun 2004.

Novel ini mengisahlan tentang hati seorang wanita yang bernama Widad. Widad adalah seorang wanita yang mempunyai hati yang cekal seperti ayahnya jatuh cinta kepada seorang jejaka bernama Raof iaitu anak kepada majikan ayahnya. Ayah Widad adalah pemandu kepada ayah Raof.

Walaupun telah dilukai oleh Raof dengan pemutusan tali pertunangan mereka, Widad setuju juga untuk berkahwin dengan Raof untuk menjaga maruah Raof. Sebelum majlis pernikahan mereka, Widad telah membuat 'iou' diantara mereka berdua dan dipersetujui oleh Raof tanpa membaca terlabih dahulu.

Dalam tempoh perkahwinan mereka, pelbagai situasi yang menyedihkan terpaksa dilalui oleh Widad. Semua yang dirasainya di tulis kemas di dalam diarinya. Pada masa yang sama, Raof cuba menyayangi Widad tapi perasaan egonya yang tinggi menghalang Raof untuk meluahkannya.

Klimaks cerita cinta mereka apabila Widad menghilangkan diri setelah Raof bebas dari tuduhan di mahkamah dan iou yang mereka lakukan akan dilaksanakan. Raof yang baru mengetahui isi iou yang ditandatanganinya menyebut dia akan menceraikan Widad setelah kes mahkamah selesai.

Raof seperti hilang arah setelah mengetahui semua itu dan meminta nasihat bapa mertuanya untuk menyelesaikan masalah ini. Raof berjanji untuk berubah dan menyayangi isterinya.

Akhirnya Widad dan Raof hidup bahagia....

footbook.com: Menitik gak air mata baca cerita ni...hehehe...

Wednesday, January 26, 2011

Tazkirah Jihad

'Tazkirah Jihad'...
Buku ni sesuai sangat dibaca oleh semua orang Islam yang mencintai agamanya. Penjelasan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang didalam buku ini amat detail sehingga boleh menaikkan semangat pejuang agama Allah.

Buku ni pun aku beli masa karnival Himpunan Rakyat di Kemaman baru-baru ni selepas di syorkan oleh nakib dalam usrah.

Buku ini merupakan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Guru Persiden PAS kepada para pemimpin dan petugas Parti Islam SeMalaysia di Masjid Rusila Terengganubagi merangsangkan dan menyemarakkan semagant jihad bagi menegakkan Islam di negeri ini.

Walaupun buku ini hanya mengadungi 73 muka surat sahaja, tetapi kandungannya sangat baik dan tinggi nilainya serta dapat dijadikan landasan kepada penerusan perjuangan Islam di negara ini.

Penyampaian tuan guru dengan fakta sejarah, ayat al-quran, hadis dan pengalaman beliau digarap menjadikan aku tertarik untuk membaca buku ini sampai habis.

Sekarang, aku dah faham kenapa PAS menyertai pilihanraya secara demokrasi. Ada sesetengah golongan yang mengaku jemaah Islam menolak sistem pilihanraya kerana mendakwa cara ini bukanlah cara Nabi menyampaikan Islam.

Bagi PAS, Demokrasi ialah cara mendirikan kerajaan melalui pujukan kepada rakyat dalam pilihanraya.Berkempen orang ikut perjuangan Islam, sokong dan bersama dengan Islam dan seorang yang berjaya diajak dan dipujuk kepada Islam maka pahalanya lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad kepada menantunya Ali untuk membawa bendera semasa perang Khaibar. "Jangan gopoh! Nabi bersabda kepada menantunya, bawalah bendera ini dengan teratur. Bila sampai di medan perang, ajaklah mereka masuk Islam. Beritahu kepada mereka tidak ada Tuhan sebenar melainkan Allah, dan Muhammad itu Rasulullah. Hendaklah tegakkan ajaran Allah didalam diri dan diatas muka bumi. Demi sesungguhnya, jika engkau berdakwah dan berjaya menyebabkan seorang itu mendapat petunjuk dan menganut Islam, maka nilainya lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya".

Banyak lagi yang disampaikan oleh tuan guru didalam tazkirah ini. Seeloknya sesiapa yang berminat boleh cari buku ini dan baca sendiri untuk lebih faham.

footbook.com: Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerana Allah Taala

Tuesday, January 25, 2011

Komunikasi Bahasa Arab Praktis Untuk Guru Dan Penuntut

Assalamualaikum....
Semoga kalian semua berada didalam keadaan sihat waalfiat hendaknya.

Untuk yang pertama ini, aku nak perkenalkan buku yang terbaru aku beli untuk isteri aku. "KOMUNIKASI BAHASA ARAB PRAKTIS UNTUK GURU DAN PENUNTUT".

Buku ini aku beli masa tengah pusing-pusing kat karnival himpunan rakyat di kemaman baru-baru ni. Yang tukang jual plak tuan pengarang buku ini sendiri, Ustaz Haji Tuan Harun bin Tuan Cob al-Farmaisury. Sempat gak lah ambik autograf ustaz ni skali.

Menurut Ustaz Tuan Harun, buku ni tidak ada di jual di mana-mana kedai buku pun sebab memang tak dijual. Kiranya macam "limited edition" la kononya...

Tapi jangan risau, sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ni boleh tinggalkan komen kat bawah ni. Nanti aku bagi no telefon ustaz Tuan Harun. Korang boleh deal sendiri la ngan beliau. Aku tak dapat komisen apa-apa pun tolong promot buku ni tau. Buku ini berharga RM25 senaskah.

Menurut isteri aku, buku ni amat bagus untuk dia sebab senang digunakan dalam proses pengajaran di sekolah dia. Cikgu-cikgu j-QAF amat sesuai untuk memiliki buku ini.

footbook.com: Aku tak tau apa-apa pasal bahasa arab. Aku baca terjemahan dalam bahasa Melayu jer....

Perasmian

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera...
 "Dengan buku anda akan dihormati ketika berada ditengahh majlis, disegani ketika berada didalam acara besardan dimuliakan oleh setiap orang"

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang baru dilahirkan ini. Harapnya bolehlah bagi sedikit komen untuk memantapkan lagi penulisan yang akan datang.

Dalam blog ni aku bercadang untuk berkongsi berkenaan buku yang menjadi koleksi aku dan yang akan menjadi koleksi aku. Mungkin boleh berkongsi-kongsi pandangan. Manalah kita tau kan....

Aku ni bukanlah seorang yang rajin sangat membaca buku. Sebab tu "time" periksa kat sekolah dulu "result" cukup-cukup makan je. Tapi aku ni suka sangat hidup dikelilingi buku. Kalau jalan kat bandar, jumpa je kedai buku mesti aku singgah tengok. Tengok jer yer.. kadang-kadang je aku beli. Biasanya aku beli 'online' sebab kalau beli lebih dari satu, dapat murah sikit dari beli dari kedai. hehehe...diskaun beb..

Aku rasa cukuplah dulu untuk ucapan perasmian blog aku ni sebab aku pun bukannya pandai nak menulis kata-kata puitis ni. Dah lama tak buat karangan...

Akhir kata, selamat meninjau @ menfollow blog aku ini dan diharap dapat memberi sedikit manfaat untuk diguna bersama.

Terima kasih semua....